Surah Al-Kautsar adalah surah ke 108 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri dari 3 ayat. Surah Al-Kautsar diturunkan setelah surah Al-'Adiyat. kata Al-Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini yang ertinya kurniaan Allah SWT berupa telaga Al-Kautsar bagi orang-orang penghuni syurga. Pokok isi surah ini adalah perintah melaksanakan solat dan berkorban kerana Allah yang memberikan banyak kenikmatan untuk mereka yang beriman sedangkan para orang kafir pembenci Nabi SAW yang mengatakan keturunan Nabi terputus kerana semua puteranya wafat maka sesungguhnya merekalah yang terputus. (Lihat tafsir Ibnu Katsir dan Tafsir Al-Azhar).
Dari Anas, dia berkata : Pada suatu hari ketika Rasulullah berada ditengah kami. Beliau mengantuk sekejap. Kemudian beliau mengangkat kepalanya dan senyum. maka kami bertanya :"Apa yang membuatmu tertawa, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Baru saja turun kepadaku sebuah surah," maka Beliau membaca surah Al-Kautsar. Kemudian Rasulullah bersabda, "Apakah kalian tahu apakah Al-Kautsar itu?
Maka kami berkata: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui," Rasulullah bersabda, " Al-Kautsar itu adalah sungai yang dijanjikan oleh Rabbku Azza Wa Jalla untukku. Disana terdapat kebaikan yang banyak. Ia adalah telaga yang akan didatangi umatku pada hari Kiamat. Jumlah bejananya sebanyak bintang-bintang.."
No comments:
Post a Comment