Tuesday, November 14, 2017

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

MAMPU MEMBERI MANFAAT HEBAT PADA PENGAMALNYA


Surah Al-Kautsar hanya mengandungi 3 ayat. Ia telah diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW yang sedang bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib, surah ini diturunkan.

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, Insyaa Allah, Allah SWT makbulkan dia kita.

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, Insyaa Allah hilang dahaga.

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir iru.

5. Jika membacanya 1000 kali maka rezeki kita akan bertambah.

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7. Jika orang teraniaya dan terpenjara, membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.